Rabu, 8 Ogos 2012

makanan seimbang

aPkah yAng dimAksudkan DengAn  Makanan sEimBang


  Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.





Konsep Piramid Makanan 
              

 Aras 1   
- Mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat 
kompleks yang merupakan sumber tenaga yang utama. 
- Ia juga kaya dengan vitamin, mineral, serat dan rendah kandungan 
protein 
- Makanan dalam kumpulan ini perlu di ambil 8 hingga 12 hidangan 
sehari. 
- Makanan terdiri daripada bijirin, hasil bijirin dan ubi – ubian. 
- Contohnya 
- satu hidangan 1 keping roti bijirin penuh / putih atau  
- ½ cawan nasi / mee / mee hoon  atau 
- ½ keping capati / tosai atau 
- 1 cawan bubur nasi atau 
- 3 keping biskut krim kraker atau 
- ½ cawan bijirin sarapan atau 
- 1 biji ubi kentang saiz sederhana 
                   
     Aras 2 
     
- Makanan dari kumpulan ini kaya dengan vitain, mineral dan serat. 
- Makanlah dengan banyak dan pelbagaikan pilihan. 
- Makanan dalam kumpulan ini perlu di ambil 3 hingga 5 hidangan 
sehari. 
- Makanan terdiri daripada sayuran dan buah - buahan 
- Contohnya 
- 1 potong betik, nanas atau tembikai atau 
- 1 biji pisang bersaiz sederhana atau 
- 8 biji anggur atau 
- ½ cawan sayuran berdaun yang dimasak atau 
- ½ cawan sayur buah / berubi ( dimasak ) seperti tomato, terung dan 
labu 

Aras 3 

- Makanan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu tubuh. 
- Ia kaya dengan protein, vitain B, zat besi, zink dan magnesium. 
- Pilih daging yang rendah lemak.  Buangkan lemak yang terdapat pada 
daging atau ayam. 
- Sekali – sekala pilih protein daripada kumpulan kekacang kerana ia 
rendah lemak dan tinggi kandungan serat. 
- Makanan dalam kumpulan ini perlu di ambil 2 hingga 3 hidangan 
sehari  - Makanan terdiri daripada kacng dhall, kacang soya ( tempe, taufu, 
fucuk dan kacang kuda, ikan, ayam, itik, susu dan hasil tenusu. 
- Contohnya 
- 1 ketul peha ayam bersaiz sederhana atau 
- 1 ekor ikan kembong bersaiz sederhana atau 
- 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak mancis atau 
- 2 keping tempe atau 
- 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala atau 
- 2 biji telur atau 
- 1 cawan kacang dhall atau 
- 2 keping tauhu 

Aras 4 

- Makanan dari kumpulan ini perlu di ambil dalam jumlah yang sedikit 
sahaja. 
- Hadkan pengambilannya di dalam diet sehari  
- Makanan terdiri daripada lemak, gula dan garam 
4.5.   Peruntukan Diet Harian Yang di sarankan ( RDA ) 
i. Maksud RDA 
- Ialah satu jadual yang menunjukkan tahap keperluan nutrien harian 
oleh individu yang sihat mengikut jantina, umur, ibu yang 
mengandung dan ibu yang menyusukan anak    
  ii.          Kegunaan RDA 
     
- Alat pengukur untuk menilai kuantiti suatu makanan berhubung 
dengan kesihatan. 
- Garis panduan untuk menggubal polisi. 
- Pengusaha industri menggunakan RDA untuk membuat label 
makanan. 
- Merancang menu harian sendiri. 
                   iii.         Nilai tenaga bagi setiap gram : 
     
             Karbohidrat   =  17 kJ 
                                  Protein           =  17 kJ 
            Lemak          =  38 kJ 
            



Secara umunya fungsi Vitamin-B
* membantu mengatasi kelesuan
* penting bg kesihatan mental, mencegah kekurungan, anti-stress
* membantu dlm pembinaan tenaga dari makanan
* gula, alkohol, pain killer, antibiotik & pil perancang meningkatkan keperluan vitamin B


DiEt....



dEit : maksud amalan yang dilakukan untuk memastikan berat badan kita akan menurun ataupun dapat dikekalkan. Ia akan dapat memastikan tubuh badan kita berada dalam keadaan sihat dan terhindar dari penyakit seperti obesiti dan kegemukan. 





Diet Seimbang 
- Pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti
protein,karbohidrat,lemak, vitamin, garam mineral, dan air serta
pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.

  • . FaktorYang Mempengaruhi Pengambilan Diet. 

i. Keperluan fisiologi
ii. Pendidikan
iii. Pendapatan keluarga
iv. Geografi
v. Agama
vi. Kebudayaan
vii. Kemajuan teknologi
viii. Keperluan sosial

  •  Kepentingan Diet Seimbang 

i. Pertumbuhan fizikal
-  perubahan ketinggian, saiz dan perkembangan otot yang normal
ii. Memastikan pertumbuhan yang normal
iii. Pertumbuhan Mental Emosi  
-   pertumbuhan sel otak
 -     memelihara perkembangan mental
                     





Tiada ulasan:

Catat Ulasan